Siakap Keli

Tular Buku Terbitan Dua Dekad Lalu Dipercayai “Ramalkan” Wabak Virus Covid-19

Kadang-kadang, apa yang kita jangkakan pada masa akan datang itu mungkin boleh berlaku secara kebetulan.

Seperti yang telah terbukti sebelum ini, terdapat edisi kartun yang dikatakan telah meramalkan kemenangan pilihan raya seorang pemimpin di dunia.

Dan kini, ramalan berkenaan dengan penularan virus Covid-19 pula yang sedang heboh di media sosial.

Menurut dakwaan seorang pengguna Twitter, seorang penulis terkemuka dari Amerika Syarikat bernama Dean Koontz ada menulis tentang virus yang telah membunuh ribuan nyawa pada hari ini seperti yang tergambar di dalam bukunya berjudul “The Eyes of Darkness”

Berikut adalah beberapa gambar petikan berkenaan dengan virus tersebut yang terdapat di dalam buku itu:

Wuhan-400 adalah “senjata yang sempurna”

Hasil carian netizen berkenaan buku itu di Google Books juga menunjukkan petikan yang sama.

Buku tersebut menceritakan tentang seorang ibu yang dalam kesedihan yang cuba mencari jawapan berkenaan kehilangan anaknya. Namun pada akhirnya dia telah menemukan  anaknya itu di satu pengkalan ketenteraan.

Jangkitan mikroorganisma buatan manusia

Anaknya itu pula secara tidak sengaja telah dijangkiti dengan mikroorganisma buatan manusia yang dicipta di makmal Wuhan itu.

Dalam buku tersebut, seorang saintis China telah pergi ke Amerika Syarikat dengan membawa satu disket yang mengandungi rekod Wuhan-400.

Wuhan-400 yang dinyatakan di dalam buku itu hanya boleh menyerang manusia, serta boleh digunakan untuk “menghapuskan sebuah bandar”.

Virus tersebut digambarkan sebagai senjata kimia yang dicipta di sebuah makmal di luar bandar Wuhan. Secara kebetulan, institut tersebut benar-benar wujud dan terletak di luar bandar Wuhan pada hari ini.

Gambar hiasan

Berbeza dengan Covid-19, Wuhan-400 mempunyai kadar kematian sebanyak 100 peratus dan tempoh inkubasi yang sangat pendek iaitu selama empat jam.

Berikut adalah salah satu petikan yang terdapat di dalam buku tersebut yang pastinya dapat menimbulkan perasaan takut pada diri setelah membacanya:

“It was around that time that a Chinese scientist named Li Chen moved to the United States while carrying a floppy disk of data from China’s most important and dangerous new biological weapon of the past decade. They call it Wuhan-400 because it was developed in their RDNA laboratory just outside the city of Wuhan.”

“Pada masa itu seorang saintis Cina bernama Li Chen berpindah ke Amerika Syarikat sambil membawa cakera liut yang mengandungi data senjata berbahaya biologi baru yang paling penting dan berbahaya milik China dalam dekad yang lalu. Mereka memanggilnya Wuhan-400 kerana ia telah dibangunkan di makmal RDNA mereka di luar bandar Wuhan.”

“End of Days (Predictions And Prophecies About The End of The World)”

Bukan satu buku sahaja, malahan ada lagi sebuah buku yang ditulis oleh Sylvia Browne bersama Lindsay Harrison juga ada kaitan dengan virus Covid-19 ini.

Buku tersebut telah diterbitkan pada tahun 2011. Terdapat petikan yang boleh dikaitkan dengan virus Covid-19 ada ditulis di dalam buku tersebut. Buku yang berjudul “End of Days” itu juga turut dipercayai mempunyai kaitan dengan wabak penyakit yang melanda dunia pada hari ini.

Berikut adalah petikan berkenaan wabak virus yang sedang melanda dunia ketika ini:

Anehnya, penulis tersebut sepertinya telah meramalkan bahawa ada satu wabak virus yang akan tular pada tahun 2020.

“In around 2020 a sever pneumonia-like illness will spread throughout the globe, attacking the lungs and the bronchial tubes and resisting all known treatments. Almost more baffling than the illness itself will be the fact that it will suddenly vanish as quickly as it arrived, attack again ten years later, and then disappear completely.”

“Sekitar tahun 2020, satu penyakit seperti radang paru-paru akan tersebar di seluruh dunia, ia akan menyerang paru-paru dan bronkus tidak mempunyai penawar. Hampir lebih membingungkan, penyakit itu akan menyerang dan hilang dengan cepat, bakal menyerang 10 tahun lagi dan kemudiannya akan hilang sepenuhnya.”

Ianya ditulis seolah-olah penulis tersebut telah pergi dan lihat apa yang akan terjadi pada masa akan datang.

Walau apa pun, wabak virus ini telah pun terjadi. Adalah lebih baik untuk kita mencegah dan menjaga kesihatan kita agar sebarang penyakit berbahaya tidak menjejaskan tubuh kita.

Sumber: SCMP, mothership

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: