Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Hairan Anak Selalu Mengantuk, Ibu Berang Pengasuh Beri ‘Dadah’ Pada Bayinya

Seorang pengasuh yang diupah untuk menjaga dua orang bayi yang setiap seorang berumur satu tahun dituduh meracuni mereka dengan ubat-ubatan termasuk pil tidur, antihistamin dan ubat-ubatan untuk kegelisahan.

Pengasuh wanita yang berumur 38 tahun itu didakwa dalam perbicaraan pada Selasa lalu dengan dua pertuduhan memberikan racun pada bayi berusia lima bulan dan kanak-kanak berusia 11 bulan pada tahun 2016.

Dalam perbicaraan itu, wanita tersebut telah menjadi jururawat berdaftar sejak tahun 2002 dan juga telah tersenarai dalam perkhidmatan menjadi jururawat bebas di atas talian.

Ibu mangsa menyifatkan bagaimana dia merasakan anak perempuannya mengantuk dan kaku setiap kali dia menjemput bayinya itu di rumah pengasuh tersebut.

Menceritakan kembali bagaimana dia boleh mengupah wanita itu bekerja dengannya,  dia telah memuatnaik satu kiriman di Facebook bahawa dia memerlukan seorang pengasuh Muslim dengan segera untuk dua orang anak perempuannya.

Dia membuat keputusan untuk mengupah suspek setelah suspek meninggalkan komen di kiriman tersebut.

Kali pertama suspek mengasuh anaknya pada awal November 2016, dia menyedari bahawa bayi keduanya kelihatan sangat mengantuk. Menurutnya, bayi tersebut kebiasaannya tidak seperti itu.

Sumber: Today Singapore

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa