Siakap Keli
Gambar hiasan via Google

Misteri ‘Darah Meleleh’ Pada Dinding Tandas Bongkar Penemuan Mayat

Seorang penyewa rumah di Canada,  ketakutan selepas mendapati ada darah yang mengalir melalui siling bilik air sehingga segala barang-barangnya dibasahi dengan darah dan apartmen yang didiaminya mempunyai bau yang sangat pelik.

Pun begitu, pengurusan bangunan apartmennya tidak mengambil tindakan terhadap aduan yang telah dilakukannya malah mengejek dan mentertawakannya sehingga berlakunya penemuan mayat di atas apartmen atas.

Rupa-rupanya, jirannya yang berada di tingkat atas telah meninggal dunia beberapa hari sebelum darahnya ‘menghujani’ dinding.

Selepas mayat ditemui dan individu terbabit memuat naik gambar kesan darah tersebut di media sosial, pengurusan apartmen akhirnya setuju untuk membersihkannya.

“Saya jelaskan bagaimana bilik air saya dipenuhi dengan darah dan saya tidak mempunyai akses kepada kemudahan tersebut. Kediaman saya juga dipenuhi dengan bau mayat tersebut.

“Dia bercakap di dalam kalangannya, enggan benarkan saya menghubungi sesiapa dan berterusan memberitahu saya untuk hanya menghubungi insurans kerana itu bukan masalah mereka.

“Saya memintanya berhenti merendahkan namun penyelia tersebut mengejek saya berkali-kali,” kata Hockett.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa