Siakap Keli

Ronaldo Beri ‘Nafkah’ Sekitar RM400 Ribu Kepada ‘Tunangnya’ Setiap Bulan

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo memberi pasangannya Georgina Rodriguez sekitar RM400k sebulan sebagai elaun untuk menanggung kehidupannya yang serba mewah.

Bintang Portugal dan tunangnya itu menjalani gaya hidup mewah di Turin dengan gaji penyerang berbisa itu dilaporkan sebanyak 28 juta pound sterling setahun.

Pasangan tersebut telah dikurniakan dengan seorang anak perempuan bernama Alana Martina yang berusia dua tahun, serta tiga lagi zuriat Ronaldo.

Sebagai seorang suri rumah, akhbar sukan Itali, Corriere dello Sport mendakwa bahawa Ronaldo tidak kisah memberi duit yang begitu banyak tiap-tiap bulan kepada pasangannya itu kerana dia juga turut menjaga ketiga-tiga anak Ronaldo itu.

Dengan jutaan duit yang diperolehi keluarga itu setiap bulan, maka tidak hairanlah mengapa mereka boleh hidup mewah seperti yang ramai orang impikan.

Bercuti di atas kapal layar serta sambutan hari jadi dengan hadiah-hadiah yang mahal adalah perkara biasa yang berlaku dalam keluarga itu.

Untuk hari jadi Ronaldo yang ke-35, teman hidupnya itu telah menghadiahkannya dengan sebuah kereta Mercedes G-Wagon mewah yang beranggaran lebih ratusan ribu ringgit.

Georgina Rodriguez juga turut dilaporkan menjana pendapatan sebanyak puluhan ribu ringgit menerusi akaun Instagram miliknya yang mempunyai seramai 16.5 juta pengikut.

Walaupun begitu, Georgina ini sebenarnya bukanlah datang daripada keluarga yang senang.

Ini kerana, dia telah dibesarkan di sebuah perkampungan kecil di Jaca, utara Sepanyol, oleh Jorge, bapanya yang juga merupakan seorang bekas pemain bola Argentina berserta ibunya, Ana.

Semasa kanak-kanak, dia pernah bercita-cita untuk menjadi seorang penari balet. Disebabkan ibu bapanya itu tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah tarian, Georgina terpaksa memilih bidang fesyen untuk mengubah hidupnya.

Sumber: Daily Star

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa