Situasi politik Malaysia yang memanas sejak beberapa hari lalu menyaksikan beberapa keputusan mengejutkan dibuat pemimpin-pemimpin politik tanah air antaranya keputusan BERSATU dan beberapa orang Ahli Parlimen dari PKR mengambil keputusan keluar dari Pakatan Harapan.
Jika sebelum ini Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-14 dengan menewaskan Barisan Nasional (BN), kali pertama sejak Merdeka, keputusan di atas menyaksikan berlaku peralihan komposisi kerusi Parlimen yang dimenangi PH.
Selepas beberapa siri pilihan raya kecil, PH memerintah negara dengan menguasai sebanyak 129 Parlimen disamping parti-parti lain yang menyatakan sokongan kepada pakatan berkenaan. Manakala BN pula menguasai sebanyak 42 Parlimen.
Untuk memahami lebih lanjut mengenai komposisi terkini Dewan Rakyat, anda boleh menyemak info grafik disediakan BERNAMA dibawah.
Sumber: BERNAMA