Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Algeria Rekod Kes Pertama COVID-19, Seorang Lelaki Dari Itali Dikuarantin

Sofea
Sumber: Al Arabiya

Kementerian Kesihatan Algeria mengesahkan kes pertama COVID-19 telah direkodkan pada Selasa semalam yang membabitkan seorang lelaki Itali yang tiba di negara itu pada 17 Februari lalu.

Menteri Kesihatan, Shamsuddin Shitor berkata bahawa pihak berkuasa dapat mengesan kes ini disebabkan oleh sistem kewaspadaaan yang diguna pakai di semua pintu masuk udara dan maritim di negara itu.

Tambah Shitor, lelaki Itali kini dikuarantin mengikut piawaian antarabangsa.

Menurut The Jerusalem Post, Presiden Algeria, Abdelmadjid Tebboune berkata di Twitter bahawa dia telah memerintahkan pihak berkuasa perubatan untuk mengambil langkah-langkah berjaga secara maksimum. Beliau juga menggesa rakyat Algeria untuk berhati-hati dengan maklumat yang dikongsi dalam talian.

Sumber: The Jerusalem Post, Al Arabiya