Siakap Keli
Kredit: Today Online

Khabar Angin Dakwa Jackie Chan Mungkin Dikuarantin, Bimbang Dijangkiti Covid-19?

Sebelum ini, tular video didakwa pelakon stunt popular, Jackie Chan menghadiri sebuah majlis bersama pasukan polis Hong Kong di sebuah restoran tempatan.

Video tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai susulan salah seorang anggota polis yang dipercayai menghadiri acara itu disahkan positif koronavirus, lapor Today Online.

Pada 21 Februari lalu, polis Hong Kong telah mengesahkan seramai 59 pegawai mereka terpaksa dikuarantin selepas menghadiri majlis persaraan bersama seorang rakan setugas yang positif wabak itu.

Menurut petugas kesihatan, empat dari pegawai terlibat termasuk isteri dan ibu mentua pesakit menunjukkan simptom Covid-19.

Lantaran itu, timbul desas-desus mendakwa Jackie dan rakan-rakannya mungkin turut dikuarantin bersama pegawai yang lain.

Walaubagaimanapun, sebahagian pihak menolak dakwaan itu dan percaya pelakon berkenaan berada dalam majlis yang berbeza dengan pesakit tersebut.

Tambah Today Online, hasil siasatan mendapati kedua-dua mereka berada dalam majlis di dua lokasi berbeza dengan jarak perjalanan kira-kira 1 jam pemanduan.

Sumber: Today Online

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.