Siakap Keli

“Kita Tak Khianat, Kita Pegang Pada Mandat Dan Janji Kepada Rakyat”-Khalid Samad

Kemelut politik yang melanda negara sejak beberapa hari ini telah mencetuskan satu tanda tanya tentang nasib serta masa depan negara. Perkara itu lebih menimbulkan pelbagai spekulasi selepas Tun Dr Mahathir Bin Mohamad telah meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia

Susulan daripada itu, beliau telah dipanggil untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum dan telah dilantik sebagai Perdana Menteri interim sementara kerajaan baru ditubuhkan.

Kesemua ahli parlimen telah dipanggil juga untuk mengadap Yang di-Pertuan Agong sebelum sebarang keputusan dikeluarkan.

Hari ini, ahli parlimen dijadualkan akan mengadap Yang di-pertuan Agong di Istana Negara. Keadaan di luar Istana Negara dibanjiri dengan puluhan pengamal media dalam negara dan luar negara bagi melaporkan segala yang berlaku di istana.

Beberapa ahli parlimen yang telah masuk mengadap sejak dari awal pagi tadi dilihat sudah mula beredar dari istana.

Dalam satu video yang dimuat naik menerusi akaun Twitter rasmi YB Khalid Samad, beliau boleh dilihat telah meninggalkan kawasan istana sejurus selepas selesai mengadap Yang di-pertuan Agong.

Ketika wartawan memintanya untuk menyatakan sepatah dua kata, ini jawapannya:

“Kita tak khianat, kita pegang kepada mandat dan janji kepada rakyat”

Walau apapun yang berlaku di dalam istana, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sentiasa berdoa dan berharap agar segala-galanya berlaku dengan lancar dan aman.

Sumber: @KhalidSamad

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa