Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hubungan anak dengan ibu sememangnya akan sentiasa menjadi satu magis yang tidak pernah mampu diterangkan dengan kata-kata.
Pun begitu, kasih sayang seorang bapa juga seharusnya tidak dilupakan. Mungkin sukar untuk kita mendengar luahan bapa namun akan sentiasa ada doa yang tulus ikhlas darinya.
Tidak terluah namun bapa menjadi individu yang paling berat untuk melepaskan anak perempuannya berkahwin. Manakan tidak, tanggungjawab yang selama ini digalas olehnya perlu diserahkan kepada orang lain.
Keadaan ini dialami oleh Farah Syaza yang berkongsi melalui Twitter mengenai hadiah perkahwinan yang paling diingati olehnya. Ia merupakan sepasang kasutnya semasa bayi dan dihadiahkan oleh bapanya dengan ucapan yang sangat menyentuh hati.





Sumber: Farah Syaza