Siapa yang tidak kenal dengan wanita yang bergelar ‘Ibu Negara’, Tun Siti Hasmah yang mempunyai sifat penuh dengan kelembutan dan keibuan. Malah beliau adalah ikon yang memberi inspirasi kepada kita semua untuk meraikan kepelbagaian kita sebagai sebuah negara berbilang budaya.
Dalam satu perkongsian daripada Facebook Bernama menunjukkan sifat ramah Tun Hasmah menyapa para pengamal media dan memberi coklat kepada petudas yang membuat liputan kemelut politik negara ketika tiba di Bangunan Perdana Putra.
Paling mencuit hati netizen adalah bersama-sama Tun Hasmah ada seekor anak patung harimau yang comel. Dalam nada berseloroh, Tun Hasmah sempat menyakat.
“Baik kawan dengan dia kan”
[Video] Isteri PM interim, Tun Dr Siti Hasmah mengagihkan coklat kepada petugas media yang membuat liputan kemelut politik negara, ketika tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pagi tadi
Posted by BERNAMA on Wednesday, 26 February 2020
Sumber: Bernama