Siakap Keli

Saintis Dakwa Mereka Perlukan Seminggu Untuk Hasilkan Vaksin ‘Lawan’ Koronavirus

Para saintis di Israel mengatakan bahawa mereka hanya mempunyai beberapa minggu sahaja lagi untuk membangunkan vaksin oral yang akan ‘menumpaskan’ koronavirus.

Pegawai di negara ini menjangkakan ubat itu boleh didapati dalam tempoh 90 hari selepas ia telah menyelesaikan ujian yang diperlukan.

Menteri Sains dan Teknologi, Ofir Akunis mengucapkan tahniah kepada MIGAL (Institut Penyelidikan Galilea) mengenai kejayan yang menarik ini.

“Saya yakin akan ada kemajuan yang lebih pesat membolehkan kami memberikan respons yang diperlukan terhadap ancaman COVID-19 global yang serius,” katanya.

Para saintis di MIGAL mengesahkan mereka telah mengusahakan vaksin terhadap virus bronkitis berjangkit (IBV) yang ditemui dalam unggas.

Ia telah diuji di Institut Veterinar yang dikatakan telah terbukti berkesan.

Menurut Setiausaha Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Manusia AS (HHS), Alex Azar, ujian klinikal manusia pertama rawatan antivirus untuk koronavirus yang menyakitkan lebih daripada 80,000 orang di seluruh dunia akan bermula di Nebraska.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa