Siakap Keli

Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat – YDP Agong

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong menzahirkan dalam  kenyataan rasmi dari Istana Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari Istana Negara melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara terjamin.

Seri Paduka Baginda bertitah bahawa ini adalah keputasan yang terbaik untuk semua dan Baginda menzahirkan harapan agar kemelut politik ini berakhir.

Turut kedengaran jeritan kegembiraan dan disusuli dengan laungan takbir serta linangan air mata daripada penyokong kepada Tan Sri Muhyiddin di hadapan kediamannya.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang