Juventus dilaporkan telah menghentikan semua sesi latihan dan mengkuarantin semua pemain bawah 23 tahun mereka akibat koronavirus, lapor Forbes.
Hal ini berikutan tiga pemain daripada Serie C menentang Pianese disahkan positif koronavirus.
Susulan itu, kelab berkenaan telah mengarahkan pemain bawah 23 mereka agar tinggal di rumah sehingga 8 Mac, lapor Forbes.
Tiada antara mereka menunjukkan simptom penyakit berkenaan.
Setakat ini di Itali, seramai 1,128 disahkan positif koronavirus dengan 29 kematian.
Sumber: Forbes