Siakap Keli

Kebakaran Di Australia Berakhir, Bomba Lega Tiada Lagi Api Aktif di NSW

Pasukan bomba dan penyelamat Australia menarik nafas lega selepas pengumuman berkenaan tiada kebakaran belukar yang masih aktif lagi di New South Wales diumumkan.

Buat pertama kalinya sejak Julai tahun lalu, tidak ada api yang aktif membakar di negeri itu.

Jabatan Bomba New South Wales telah memuat naik berita yang luar biasa itu melalui media sosialnya pada Isnin selepas 240 hari melawan kebakaran tersebut.

“Buat pertama kalinya sejak awal Julai 2019, tiada kebakaran belukar atau rumput terjadi di New South Wales,” tulis perkongsian itu.

“Kebakaran itu berakhir selepas 240 hari aktif di negeri ini.”

Semenjak kebakaran tragik di Australia itu tercetus, seramai 33 orang telah dilaporkan terbunuh manakala lebih daripada 2,000 buah rumah telah musnah dan sekurang-kurangnya satu bilion haiwan dilaporkan mati.

Kebakaran tersebut telah memusnahkan kawasan yang berkeluasan seperti Korea Selatan sehingga menyebabkan pasukan bomba terperangkap.

New South Wales adalah negeri yang paling teruk terjejas, di mana 25 orang telah dilaporkan terkorban semasa cuba untuk menyelamatkan rumah mereka dalam kebakaran itu.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.