Siakap Keli

Jadi Mangsa Lepaskan Marah, Kucing ‘Ditinju’ Berkali Dan Telinga Digigit Sampai ‘Robek’

Seorang lelaki yang mengaku menggigit telinga kucingnya dan beberapa kali ‘meninju’ haiwan tersebut dimasukkan ke dalam penjara dan dilarang membela haiwan untuk seumur hidupnya.

Lelaki berusia 20 tahun itu telah dipenjarakan selama 12 minggu selepas mahkamah mendengar kesalahan yang dilakukannya terhadap anak kucing itu.

Lelaki itu juga mengakui bahawa dia tidak dapat menghitung berapa kali dia telah menumbuk anak  kucing tersebut yang dipanggil Litten dan melakukannya setiap kali dia marah.

Hakim Distrik, Daniel Curtis, menyifatkan tindakannya sebagai ‘menyakitkan’ sebelum menjatuhkan hukuman penjara 12 minggu dan menghentikannya daripada memiliki haiwan untuk sepanjang hidupnya.

RSPCA mengesahkan tiga anak kucing tersebut diselamatkan dari rumah suspek pada 11 September selepas saksi menghubungi organisasi bagi melaporkan kekejaman terhadap haiwan.

Lelaki tersebut juga diarah untuk membayar kos $250 dan surcaj korban sebanyak $120.

Hukuman maksimum untuk penderaan haiwan di UK kini adalah selama enam bulan penjara di bawah Akta Kebajikan Haiwan dan denda tanpa had.

Litten dan dua anak kucing yang lain telah diberikan kepada keluarga baharu.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa