Siakap Keli

Pukul Dan Biar Kelaparan, Seorang Bapa Tergamak ‘Tanam’ Mayat Anak Dalam Binaan Konkrit

Seorang ayah dilabelkan sebagai kejam dipenjara selama 72 tahun kerana disyaki membunuh serta ‘menanam’ anaknya di dalam konkrit.

Berat badan mangsa ditimbang hanya kurang daripada dua batu ketika dia mati. Mangsa telah dipukul dan dibiarkan kelaparan oleh ayahnya.

Suspek yang berusia 40 tahun itu diberikan hukuman paling lama di mahkamah di Denver, Amerika Syarikat selepas mengakui penderaan yang dilakukan sehingga mengakibatkan kematian.

Murid sekolah itu ditemui dengan patah pada bahagian kepala dan anggota badan. Ujian juga mendedahkan bahawa mangsa mempunyai metabolit kokain di dalam tisu.

Mangsa ditemui di kandang anjing yang tersembunyi di dalam unit simpanan dua hari sebelum Krismas 2018.

Suspek sebelum ini telah ditahan atas tuduhan yang tidak berkaitan termasuk keganasan rumah tangga terhadap isterinya.

Penyiasat tidak dapat menentukan bagaimana mangsa meninggal dunia dan tuduhan membunuh terhadap ayahnya digugurkan.

Mahkamah juga mendengar kenyataan dari adik perempuan mangsa yang berusia empat tahun semasa kematian mangsa. Kanak-kanak itu juga mengalami trauma yang mendalam di atas apa yang telah berlaku.

Kes itu dijelaskan oleh pendakwa raya, Beth McCann sebagai salah satu kes paling dahsyat yang pernah ditangani oleh pejabat Denver DA.

Menurutnya, kesalahan suspek adalah disengajakan, dikira tidak berperikemanusiaan, bersungguh-sungguh dan merosakkan kemanusiaan atau kebaikan manusia.

Sumber: Mirror UK

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.