Siakap Keli
Gambar: Facebook/Instagram

“Alhamdulillah…”, Berderet ‘Cemerlang Tertinggi’, Anak Ustaz Kazim Straight ‘A’ SPM

Anak kepada penceramah bebas, Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Berita gembira itu dikongsikan di mlaman Facebook milik beliau dan memperoleh lebih 10 ribu tanda suka.

Anak perempuan beliau yang bersekolah di SM Sains Tapah itu telah mendapat semua A dalam sembilan subjek diambilnya dengan tujuh subjek cemerlang tertinggi (A+) dan dua cemerlang tinggi (A).

Susulan itu orang ramai menghujani kiriman berkenaan dengan ucapan tahniah buat kedua-dua beranak tersebut.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mengambil keputusan SPM hari ini. Buat ibu bapa, hargailah usaha keras si anak walau apa pun keputusannya. Selamat maju jaya buat semua.

Sumber:  Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.