Siakap Keli
Kredit: Google

Doktor China Dakwa COVID-19 Berisiko Rosakkan Sistem Saraf Tunjang

Beijing, 5 Mac – Buat pertama kali, sekumpulan doktor di China mendakwa virus COVID-19 boleh merosakkan sistem saraf tunjang pesakit.

Menurut Xinhuanet, doktor di Beijing Ditan Hospital dengan kerjasama Capital Medical University mendakwa telah berjaya menyembuhkan seorang pesakit lelaki yang dijangkiti virus berkenaan.

Pesakit berusia 56 tahun itu dikatakan mempunyai simptom teruk dan tidak dapat memberi respon kepada rawatan biasa, lapor portal berkenaan.

Susulan itu, mangsa dimasukkan ke wad rawatan rapi di mana dia menunjukkan simptom hilang kesedaran, walaupun tiada tanda-tanda luarbiasa pada gambaran CT scan otaknya.

Lantaran itu, staf perubatan menjalankan ujian ke atas sampel cecair serebrospinal (cecair di dalam otak) pesakit.

Hasilnya, mereka menemui virus di dalam sampel tersebut dan mengesahkan pesakit menghidap radang otak (ensefalitis).

Susulan itu, pihak hospital telah memberi rawatan ensefalitis terhadap pesakit berkenaan sehingga simptom radangnya hilang.

Pesakit kemudiannya dipindahkan ke wad penyakit berjangkit pada 18 Februari dan dibenarkan pulang pada 25 Feb.

Pertimbang kemungkinan jangkitan

Pengarah Unit Rawatan Rapi hospital, Liu Jingyuan berkata, staf perubatan perlu mempertimbang kemungkinan sistem saraf tunjang pesakit dijangkiti virus sekiranya pesakit menunjukkan tanda-tanda hilang kesedaran.

Ujian segera terhadap pesakit bagi mengesan radang perlu dilakukan bagi mengurangkan risiko kematian pesakit kritikal, katanya.

Sebelum ini, kajian mendapati COVID-19 mungkin menyerang beberapa organ termasuk buah pinggang, hati dan jantung. Walaubagaimanapun, tiada rekod menunjukkan ia boleh menyerang sistem saraf tunjang sehinggalah penemuan terbaru ini.

Sumber: Xinhuanet

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.