Siakap Keli

“Jangan Gosok Kat Tangan,” Tujuh ‘Spot’ Tepat Untuk Sembur ‘Perfume’ Ramai Tak Tahu

Minyak wangi sememangnya suatu barangan peribadi yang dapat membangkitkan keyakinan diri pada seseorang. Tak lengkap rasanya jika sudah segak bergaya dengan pakaian yang cantik-cantik jika tidak ditambah dengan bau-bauan yang harum untuk menyerlahkan personaliti anda apabila berhadapan dengan orang.

Terdapat pelbagai jenama minyak wangi di pasaran. Pasti ada di antara kita yang mempunyai pilihan jenama serta jenis kegemaran yang lazimnya akan dibeli tanpa mengetahui tentang kesesuaian memakai haruman jenis itu di majlis-majlis tertentu.

Seorang ‘influencer’ yang pakar berkenaan minyak wangi ini ada berkongsikan tentang cara menyembur minyak wangi serta jenis-jenis minyak wangi yang sesuai di pakai di majlis-majlis tertentu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penerangannya seperti berikut:

Cara sembur minyak wangi di ‘spot’ yang betul

Menurut Jeremy, dia selalu menyembur minyak wangi sebanyak tujuh kali di beberapa bahagian yang betul. Antara bahagian yang dimaksudkannya ialah 2 di belakang telinga, 2 di bahagian kolar kiri dan kolar kanan baju, 2 di bahagian dada kiri dan kanan baju serta satu di bahagian tengkuk.

Menerusi video tersebut, ramai orang telah menyembur minyak wangi pada bahagian yang salah. Menurutnya, minyak wangi yang disembur di bahagian belakang telinga kiri dan kanan boleh melepaskan aroma kepada orang yang ingin menyapa kita pada jarak dekat.

Tambahnya lagi, semburan di bahagian leher yang lazim dilakukan pula adalah salah, ini kerana ianya akan menyebabkan kulit pada bahagian tersebut menjadi kemerahan. Sebaliknya, cukup sekadar sembur di bahagian kolar baju sahaja.

Manakala, semburan pada bahagian belakang pula berfungsi untuk melepaskan aroma minyak wangi anda itu ketika anda lalu melepasi orang-orang di sekeliling anda.

Kesalahan lazim berkenaan minyak wangi

Menurut Jeremy, terdapat 5 kesalahan lazim yang selalu dilakukan berkenaan minyak wangi. Kesalahan pertama adalah, jangan beli minyak wangi yang tidak berkualiti. Jeremy menegaskan bahawa setiap minyak wangi yang hendak dipakai haruslah mempunyai daya ketahanan yang lama.

View this post on Instagram

5 Fragrance Mistakes. #fragrancearmy

A post shared by Jeremy Fragrance (@jeremyfragrance) on

Kesalahan kedua pula ialah, jangan gosok minyak wangi yang disembur di tangan. Ini kerana, perbuatan itu akan merosakkan bau minyak wangi tersebut. Kesalahan ketiga pula ialah, pakai minyak wangi yang bersesuaian dengan keadaan. Jangan pakai minyak wangi untuk ke kelab malam atau majlis-majlis tak rasmi ke pejabat. Beli minyak wangi yang dikhaskan untuk ke pejabat.

Kesalahan yang keempat pula, sembur minyak wangi anda pada pakaian dan bukannya pada kulit. Ini kerana fabrik pakaian adalah pembawa yang lebih baik berbanding kulit. Dan kesalahan yang terakhir sekali adalah, jangan sembur terlalu banyak.

Mengenakan minyak wangi boleh dikatakan rutin ramai orang sebelum keluar dari rumah bagi memastikan tubuh badan kekal segar dan wangi. Pun begitu, tidak ramai yang mengetahui tempat yang paling tepat untuk mengenakan wangian supaya ianya benar-benar berhasil.

Sumber: jeremyfragrance

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa