Siakap Keli
Kredit: Google/Daily Mail

(Video) Tukang Gunting Guna Batang Kayu 1 Meter Gunting Rambut, Nak Elak Covid-19

Tatkala penularan wabak COVID-19, pemilik salun di China mengambil jalan unik merendahkan risiko jangkitan ketika memberi khidmat kepada pelanggan mereka.

Dalam video dimuatnaik SCMP, para pekerja salun dilihat membersihkan rambut pelanggan yang di premis menggunakan peralatan khas yang dihasilkan sendiri.

Mereka melekatkan peralatan salun seperti sikat, mesin pencukur dan pengering rambut pada kayu sepanjang kira-kira 1 meter sebagai langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dan pelanggan.

https://www.youtube.com/watch?v=pyelx99_zFs

“Alat itu tidak membantu dengan baik, tapi ini adalah untuk keselamatan semua,” kata Wu Junlong, salah seorang pemilik kedai gunting di Hainan.

Menurut Daily Mail, badan kesihatan China menasihatkan orang ramai agar menjarakkan diri antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1.5 meter jika berada di tempat awam.

Pusat Kawalan Dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pula mencadangkan jarak selamat minima 6 kaki bersamaan 2 meter bagi mengurangkan risiko dijangkiti.

Sehingga kini, COVID-19 telah meragut 3,286 kematian dengan 95,288 kes seluruh dunia.

Sumber: Daily Mail, Worldometer

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.