Pejabat Perdana Menteri semalam melalui satu kenyataan mengumumkan pelantikan Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Tommy Thomas yang memendekkkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020.
Pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pelantikan tersebut juga nyata disambut baik oleh warganet yang mengucapkan tahniah sehingga nama beliau menjadi trending di Twitter.
Dengan pelantikan ini, warganet serta masyarakat Malaysia berharap agar beliau mampu menjalankan tugas dengan sebaiknya.
Bagi mengetahui serba sedikit mengenai Tan Sri Idrus Harun, ikuti infografik dibawah.
Sumber: BERNAMA