Siakap Keli

Pengendali Bagasi Di Lapangan Terbang Heathrow Disahkan Positif Covid-19

Syarikat penerbangan British Airways mengesahkan bahawa dua orang kakitangannya yang mengendalikan bagasi telah dijangkiti dengan virus Covid-19.

Kedua-dua mereka itu difahamkan bekerja di bahagian pengendalian bagasi di lapangan terbang Heathrow dan kini sedang dikuarantinkan.

Wakil dari British Airways yang mengesahkan kenyataan itu berkata: “Public Health England telah mengesahkan bahawa dua orang daripada kakitangan kami telah dijangkiti dengan virus COVID-19.

“Kedua-dua mereka itu telah dikuarantin dan sedang pulih di rumah.”

Heathrow dalam satu kenyataan berkata: “Kesejahteraan para penumpang adalah keutamaan kami.

“Pegawai kesihatan England yang berdedikasi sentiasa bersiap sedia untuk bertindak balas terhadap sebarang insiden yang terjadi di lapangan terbang, dan kami sedang bekerjasama dengan mereka untuk memastikan kakitangan kami mematuhi segala prosedur bagi melindungi diri mereka dan penumpang kami.

“Atas nasihat daripada Public Health England, kami telah meningkatkan tahap kebersihan dan menyediakan sanitizer tangan untuk kakitangan kami serta terus menasihati orang ramai yang bekerja atau yang berada di lapangan terbang kami untuk mematuhi segala langkah yang disarankan kerajaan bagi memastikan tangan sentiasa berada dalam keadaan bersih.”

Jabatan Kesihatan telah mengesahkan bahawa jumlah positif yang berlaku di seluruh British telah meningkat kepada 163 hari ini.

Sumber: The Sun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa