Siakap Keli

Netizen Ini Imbas Kembali Isyarat Terakhir MH370 Sebelum Hilang Dari Radar

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

HARI ini bertarikh 8 Mac 2020, genaplah enam tahun tragedi kehilangan MH370 yang pernah menjadi ‘mimpi ngeri’ negara satu masa dahulu.

Penyiasatan demi penyiasatan oleh kolaborasi kerajaan Malaysia bersama agensi antarabangsa digerakkan dalam menjejaki sebarang tanda di mana titik lokasi ia terhempas, namun kehilangannya masih menjadi misteri hingga ke hari ini.

Menyingkap kembali sejarah tersebut, seorang pengguna Twitter, Andy telah berkongsi satu tweet yang mengimbas semula rakaman audio pesawat tersebut sebelum hilang dari radar.

Berikut adalah tweet berserta thread yang dikongsikan beliau awal pagi tadi.

Menurut garis masa rakaman itu, penghantaran audio terakhir daripada transponder komunikasi pesawat itu berbunyi “Good night, Malaysian three seven zero,” sebelum ia hilang terus dari radar pusat kawalan trafik udara (ATC) pada pukul 1.30 pagi.

Menurut sumber, transkrip rakaman audio tersebut dipetik semula dari sumber asal, agensi berita ABC News dalam satu laporan yang diterbitkan pada 2 April 2014 lalu.

Semoga usaha untuk menjejaki semula pesawat penerbangan MH370 tersebut menemui jalan keluar satu hari nanti.

Al-Fatihah.

Sumber: Twitter, ABC News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.