PENYU adalah penghuni lautan yang yang penting dalam ekosistem semulajadi laut. Namun mutakhir ini, beberapa jenis penyu di sesetengah wilayah lautan di seluruh dunia sudah mula terancam.
Misalnya, Penyu Agar (Green Turtle) dikategorikan sebagai spesis terancam dalam Senarai Merah International Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN).
Penurunan populasi penyu itu berpunca daripada pelbagai faktor seperti pemburuan haram di tengah laut, pencurian telur penyu untuk pasaran awam, kematian disebabkan termakan plastik mahupun lemas tersangkut di jaring pukat.
Baru-baru ini, tular di media sosial satu video tentang sekumpulan anggota bomba menyelamatkan seekor penyu di pantai yang tersangkut pada jaring, dipercayai pukat tarik yang hanyut di lautan.
Agak menyedihkan apabila melihat penyu itu terkapai-kapai kelemasan akibat tersangkut.
Berdasarkan rakaman itu, penyu yang lemas dalam belitan jaring pukat tersebut berada di kawasan agak jauh dari gigi air, menandakan kemungkinan ia sudah terbelit sejak dari lautan lagi hinggalah hanyut terdampar di pantai tersebut.
Semoga kita mampu menjaga kebersihan dan peka dengan keadaan sekeliling agar tidak ada lagi penyu seterusnya yang mati akibat kecuaian kita sendiri.
https://www.facebook.com/RakanBombaMalaysia/videos/491262454892085/
Sumber: Facebook Friends Of Bomba Malaysia, Seeturtles, IUCN