Siakap Keli

Dua Wanita Maut Rempuh Lori 18 Tan Di Jalan Kuantan-Segamat, Rompin

Kuantan: Dua wanita maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori di Kilometer 107.5 Jalan Kuantan-Segamat berhampiran Muadzam Shah di Rompin, hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata mangsa Norhamizah Ismail, 24, dan kakak iparnya Lizawati Mohamed Taib, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala serta dada.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari itu kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Rompin menghala ke Kuantan dengan menaiki kereta Proton Satria yang dipandu Norhamizah.

“Kereta mangsa dikatakan hilang kawalan lalu terjatuh ke bahu jalan sebelah kiri dan semasa cuba masuk semula ke jalan raya telah terlajak ke laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan lori,” katanya semasa dihubungi Bernama hari ini.

Azari berkata akibat perlanggaran itu pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta berkenaan.

Katanya pemandu lori berusia 61 tahun yang berasal dari Johor itu hanya cedera ringan di kedua belah kakinya.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)