Siakap Keli
Gambar: Fizul Razalan

Salun Terkenal Dalam Melawati Mall Ditutup, Terdapat Pelanggan Positif Covid-19

Pusat beli-belah Melawati Mall dalam satu kenyataan berkata, mereka akan mensanitasikan sebuah tapak perniagaan yang terdapat di dalam premisnya kerana terdapat pengunjung yang disahkan positif Covid-19 pernah berkunjung ke situ.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik melalui akaun Facebook, pihak Melawati Mall menyatakan bahawa pengunjung yang disahkan positif itu telah mengunjungi pusat beli-belah tersebut pada 2 Mac 2020.

Berikutan dengan itu, langkah-langkah permbersihan serta mensanitasikan premis dan kawasan sekeliling akan dijalankan.

Gambar: Fizul Razalan

“Pada 10 Mac 2020, kami telah dimaklumkan oleh penyewa kami, A-Saloon bahawa pelanggan yang pernah mengunjungi kedai mereka telah disahkan positif Covid-19 pada 2 Mac 2020.

“Langkah-langkah pembersihan serta mensanitasikan premis dan kawasan sekeliling akan dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebagai Langkah berjaga-jaga, A-Saloon juga akan ditutup untuk sementara waktu sehinga diberitahu,” tulis kenyataan itu.

Gambar: Fizul Razalan

Menurut kenyataan itu lagi, kerja pembersihan di beberapa kawasan umum pusat beli-belah tersebut seperti lif dan tandas telah dijalankan.

Melawati Mall juga turut menyatakan bahawa segala langkah pencegahan tambahan yang sedia diambil jika diperlukan.

“Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, penyewa serta kakitangan kami adalah sangat penting untuk kami.

“Kami bersedia menjalankan segala langkah pencegahan tambahan sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa,” ujar kenyataan itu.

Sumber: Melawati Mall/A-SALOON

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa