Siakap Keli

Dr Adham Merayu Peserta Ijtimak Tabligh Di Masjid Sri Petaling Tampil Buat Ujian Saringan

Selepas seorang warga Malaysia yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling disahkan positif Covid-19 semalam, Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Adham Baba merayu kepada semua peserta program tersebut tampil untuk membuat ujian saringan.

Kementerian Kesihatan Malaysia semalam menganggarkan 5,000 daripada 10,000 peserta Ijtimak Tabligh itu adalah wargnegara Malaysia. Kes pertama di negara Brunei sebelum ini juga ada sejarah perjalanan ke Malaysia dan juga salah seorang peserta program itu.

Setakat artikel ini ditulis, Malaysia telah merekodkan 149 kes positif dan 26 orang telah sembuh sepenuhnya dan dibenarkan pulang.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.