Siakap Keli
Kredit: Bernama/Google

Perserta Ijtimak Tabligh Yang Positif Atau Mungkin Dijangkiti COVID-19 Ditegah Hadir Solat Berjemaah- Mufti Perlis

Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza berkongsi keputusan oleh Jabatan Mufti Perlis yang melarang peserta Ijtimak Tabligh di Masjid Petaling diantara 27 Feb hingga 1 Mac di Masjid Seri Petaling yang disahkan positif atau ada kemungkinan dijangkiti COVID-19 dari menyertai solat berjemaah.

Dalam satu kiriman dimuatnaik di laman Facebook rasmi beliau, Jabatan Mufti Perlis berkenaan berkata tindakan menghadiri solat jemaah boleh membahayakan orang lain.

Menurut Jabatan Mufti Perlis, larangan itu adalah selari dengan hadith Nabi Muhammad s.a.w mengenai penyakit berjangkit.

“Apabila kamu mendengar berita terdapat wabak taun di sesuatu tempat, maka jangan kamu masuk ke tempat tersebut. Demikian juga jika kamu sememangnya berada di tempat tersebut, maka jangan kamu keluar darinya.”

HR Al-Bukhari

“Bagi mereka yang berpegang dengan pendapat wajib menunaikan solat fardhu berjemaah, para ulama yang berpendapat sedemikian sendiri tidak mewajibkannya jika ia boleh membawa kemudharatan kepada diri atau orang lain,” tambah kenyataan itu.

Pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu, seramai kira-kira 10,000 hadirin dari kumpulan tabligh pelbagai negara telah berkumpul di Masjid Seri Petaling dalam satu program keagamaan, di mana salah seorang hadirin menjadi pesakit COVID-19 pertama di Brunei.

Sumber: Jabatan Mufti Perlis

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.