Wabak Covid-19 menyaksikan peningkatan kes di seluruh dunia sehingga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak itu sebagai pandemik.
Keadaan ini menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada masyarakat dunia namun juga rakyat di Malaysia.
Pihak yang berwajib telah melakukan pelbagai langkah bagi memastikan wabak ini tidak terus menular di Malaysia.
Melihat keadaan ini, Ustaz Ebit Lew menerusi ‘live’ di laman Facebook miliknya berkongsi doa dan memberikan nasihat bagi menghadapi ujian dan melindungi diri dari segala penyakit dan wabak.

“Apa saja yang terjadi dalam hidup, percayalah bahawa Allah sayang kita.
“Setiap kali kita dengar berita mengenai virus atau koronavirus ini, kita ambil wuduk dan solat. Berdoa pada Allah, ‘Ya Allah sembuhkan kami, pelihara kami semua, kami tahu apa yang terjadi dan Kau sayang kami, supaya kami semakin dekat kepadaMu’,” katanya.
Doa-doa ikhtiar Allah lindung kita dari segala penyakit dan wabak
Posted by Ebit Lew on Thursday, 12 March 2020
Sumber: Ebit Lew