Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Inteam Bakal Buka Jualan Tiket Konsert Untuk “Round” Kedua? 

Azizah Najib
tiket konsert inteam kedua
Kredit: Inteam

Inteam Bakal Buka Jualan Tiket Konsert Untuk “Round” Kedua?

Kumpulan nasyid terkenal, Inteam seakan memberi bayangan bahawa mereka berkemungkinan mengadakan jualan tiket Konsert Kasih Kekasih untuk pusingan kedua.

Perkara itu dapat dilihat menerusi perkongsian terbaru kumpulan terbabit di Facebook.

“Perebutan (tiket) Konsert Kasih Kekasih pusingan kedua? Anda bersedia?” soal Inteam.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut diketahui mengenai tarikh dan waktu penjualan tiket bakal dibuka.

Terdahulu, tiket Konsert Kasih Kekasih yang mula dijual pada 23 Mei lalu jam 3 petang habis dalam masa 2 jam sahaja. Berikutan itu, ramai peminat yang kecewa kerana tidak berpeluang membeli tiket konsert kumpulan nasyid kegemaran mereka.

Konsert Kasih Kekasih merupakan konsert pertama kumpulan Inteam selepas beberapa tahun menyepi dari mana-mana pentas persembahan. Bakal diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 27 September jam 8 malam, konsert ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada orang ramai.

Sumber: Inteam

BACA: Tiket Konsert Inteam “Sold Out” Dalam Tempoh 2 Jam

BACA: Suhaimi Saad Meninggal Dunia – Inteam