Siakap Keli

(Video)Tiada Lagi Pelancong Bagi Makan, Rusa Lapar ‘Serbu’ Masuk Bandar Demi Cari Makanan

Industri pelancongan Jepun sememangnya mendapat tamparan hebat ekoran wabak virus Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini. Malahan, orang ramai juga dilihat lebih memilih untuk berkurung di rumah kerana bimbang dijangkiti dengan virus maut tersebut.

Kemerosotan kedatangan pelancong ini nyata memberi kesan kepada rusa-rusa di wilayah Nara, Jepun yang lazimnya bergantung kepada makanan daripada para pelancong.

Industri pelancongan di Nara dilaporkan telah merudum sebanyak 80 peratus.

Pada awal Februari, rusa di Nara telah dilaporkan memakan rumput kembali kerana ketiadaan pelancong yang lazimnya memberi makan kepada mereka.

Menurut Sora News, sekumpulan rusa telah kelihatan berkeliaran mencari makanan di sebuah jalan yang terletak di Nara.

Seorang penduduk tempatan berkata bahawa ini adalah kali pertama terjadi dalam hampir 30 tahun dia menyaksikan rusa berjalan sejauh dua kilometer daripada Taman Nara, di mana mereka kebiasaannya ditemui.

Walau bagaimanapun, Pusat Pemuliharaan Rusa Nara menyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama rusa-rusa ini berkeliaran jauh daripada taman itu.

Dalam sesetengah kes, rusa pernah dilihat berkeliaran di tengah-tengah jalan raya yang sibuk sehingga menimbulkan kebimbangan kepada keselamatan awam.

https://www.youtube.com/watch?v=qwWAGWhJ50s&feature=emb_logo

Sumber: Mothership.SG

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa