Siakap Keli
Gambar: Google

33 Jangkitan COVID-19 Terbaharu Di Thailand, Perayaan Festival Songkran Ditangguhkan

SAMBUTAN tahunan Festival Songkran di Thailand akan ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Wissanu Krea-ngam berkata, keputusan itu dibuat ekoran 33 kes terbaharu positif Coronavirus (COVID-19) dilaporkan, menjadikan jumlah kes di seluruh negara meningkat ke angka 147.

“Tarikh 13 hingga 15 April bukan lagi cuti umum rasmi untuk tahun ini.

“Tarikh baharu (bagi sambutan festival tersebut) akan diumumkan satu masa nanti,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sesetengah tempat tumpuan awam juga akan ditutup sementara, khususnya yang melibatkan perhimpunan orang ramai.

Festival Songkran adalah perayaan tahun baru bagi negara Thailand dan sambutannya amat sinonim dengan acara pesta air di seluruh negara.

Gambar: Google

Sumber: Bangkok Post

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.