Siakap Keli

(Video) Semua Negeri Sudah Dijangkiti COVID-19, Selangor Paling Ramai

Putrajaya, 16 Mac -Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Adham Bin Baba dalam satu sidang media sebentar tadi telah menyenaraikan negeri paling tinggi kes COVID-19.

“Bilangan paling ramai wabak ini adalah di Selangor, Wilayah Persekutuan, ketiga ialah di Sabah dan keempat Johor (meningkat),” katanya ketika menjawab soalan salah seorang wartawan.

Sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan semua negeri di Malaysia mempunyai kes COVID-19 ketika menjawab soalan salah seorang netizen di Twitter.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.