Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kerajaan India dilaporkan bertindak mengecop tangan individu yang dikuarantin kerana disyaki menghidap COVID-19 sebagai salah satu tanda pengenalan.
Menurut laporan New York Post, sekurang-kurangnya 4 orang sudah ditahan pihak berkuasa kerana melanggar peraturan kuarantin tersebut.
Pada cop berkenaan, tertera perkataan ”Home Quarantined” selain tarikh dipercayai tarikh tamatnya tempoh kuarantin.
Dakwat yang digunakan adalah sama dengan dakwat yang digunakan ketika pilihanraya dan sukar untuk ditanggalkan.
Mana-mana individu yang mempunyai cop berkenaan dan didapati berada di luar kawasan kuarantin dalam tempoh kurang 14 hari akan ditahan oleh pihak berkuasa.
”Mereka yang diarah untuk mengasingkan diri tetapi tidak mahu dikuarantin di hospital ataupun di hotel perlu lebih bertanggungjawab.
”Mereka tidak boleh bergerak dengan bebas sesuka hati. Arahan perlu dipatuhi,” kata jurucakap kerajaan tempatan.
Setakat ini, dilaporkan seramai 108 orang awam dikuarantin di hospital manakala 621 orang pula diarahkan dikuarantin di rumah masing-masing. Semua individu yang dikuarantin dirumah akan dicop tangan mereka dengan cop ‘Hone Quarantined’ tersebut.
Selain itu, New York Post juga melaporkan kebimbangan antarabangsa terhadap kemungkinan negara dengan penduduk 1.3 bilion itu menjadi pusat jangkitan COVID-19 yang seterusnya.
Sumber: New York Post