Siakap Keli
Gambar: Kyodo

Warga Emas Pernah Ancam Mahu Sebar COVID-19 Meninggal Dunia

PADA awal Mac lalu, gempar satu kejadian di Jepun tentang seorang lelaki tua berusia 57 tahun yang dijangkiti COVID-19 membuat ancaman untuk menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Menurut laporan media tempatan yang terdahulu, lelaki itu memberitahu kepada ahli keluarganya bahawa dia mahu ke dua bar bagi tujuan tersebut.

“Saya mahu sebarkan virus,” demikian ungkapannya ketika itu.

Kejadian tersebut mendatangkan panik kepada pekerja bar itu sehingga terpaksa memanggil polis untuk menangkapnya.

Bagaimanapun, media Jepun melaporkan bahawa lelaki yang turut mengakibatkan seorang pekerja perempuan di sebuah bar tersebut positif COVID-19 sudah meninggal dunia hari ini.

Menurut sumber, kematiannya dipercayai berpunca daripada radang paru-paru disebabkan virus tersebut, selain mengalami demam dan gangguan pernafasan sejurus selepas dimasukkan ke hospital pada 5 Mac lalu.

“Dia turut menderita kanser dalam sebahagian organ hati,” kata sumber itu lagi.

Kelihatan lelaki itu sedang berada di salah sebuah pub yang didatanginya untuk sebarkan virus. Gambar: Kyodo

Sumber: Kyodo News

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.