Umum telah mengetahui bahawa wabak virus yang dikenali sebagai Covid-19 ini telah mengancam seluruh dunia. Ribuan manusia telah dilaporkan meninggal dunia akibat dijangkiti dengan virus ini.
Negara kita juga turut tidak terkecuali selepas mencatatkan ratusan kes positif dan angka kematian sebanyak 2 orang setakat ini. Oleh disebabkan itu, kerajaan terpaksa melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang merangkumi seluruh Malaysia bagi memutuskan rantaian jangkitan akibat daripada virus ini.
Susulan daripada itu, semalam telah tular beberapa foto daripada petugas kesihatan barisan hadapan kita yang memohon agar rakyat Malaysia duduk di rumah sementara mereka berjihad bagi pihak kita semua untuk memerangi wabak ini.
Kita mungkin tidak memandang perkara itu secara serius kerana kita tidak berada di tempat mereka. Dalam satu perkongsian yang dimuat naik oleh pendakwah terkenal, Ebit Lew, dia ada berkongsikan pengalamannya berkunjung ke hospital baru-baru ini untuk menyumbangkan makanan kepada petugas kesihatan barisan hadapan kita. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sumber: Ebit Lew