Siakap Keli

Seorang Terkorban Setiap 10 Minit, Kes Kematian Akibat Covid-19 Di Iran Naik Mendadak

Wabak koronavirus dilaporkan membunuh seorang mangsa dalam setiap 10 minit di Iran sehingga menyebabkan angka kematian yang dicatatkan Iran sebanyak 1,284 itu menjadikan yang terburuk di Timur Tengah.

Wakil menteri kesihatan Iran, Kianush Jahanpur, memuat naik satu ciapan dan menyatakan bahawa sebanyak 50 orang akan dijangkiti dalam masa sejam.

Timbalan Menteri Kesihatan Iran, Alireza Raisi menyatakan bahawa angka kes jangkitan telah pun mencecah kepada 18,407 di negara itu.

Disebabkan itu, kepimpinan tertinggi Iran membuat keputusan untuk ‘mengampuni’ lebih 10,000 tahanan penjara dalam usaha untuk memerangi wabak virus yang membawa maut ini.

Kerajaan juga turut mengarahkan penutupan sekolah dan universiti serta menangguhkan acara-acara sukan, kebudayaan dan perhimpunan keagamaan. Empat kuil suci yang terdapat di negara itu juga turut ditutup.

Pihak berkuasa telah dikerahkan bagi menggesa orang ramai supaya duduk di rumah dan mengelakkan daripada ke luar negara bagi membendung penularan wabak ini.

Raisi berkata: “Dengan 149 kematian baharu yang dicatatkan pada 24 jam lepas, jumlah kematian akibat daripada virus ini kini telah mencecah sebanyak 1,284. Malangnya, terdapat 1,046 kes jangkitan baru telah dicatatkan sejak semalam.”

Sebagai salah satu langkah untuk membendung penularan virus ini, Iran telah mengambil keputusan untuk melepaskan 85,000 tahanan penjara di negaranya secara sementara.

Di Timur Tengah, sebanyak 20,000 kes positif Covid-19 telah dicatatkan dengan kebanyakan daripada angka itu berasal daripada Iran

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa