Siakap Keli
Foto: Video Husna Liang

(Video) Wanita China Ini Kongsi Tips Yang Diamalkan Di Beijing Ketika Covid-19 Menular

Seorang wanita kelahiran Beijing berkongsi cara menangani wabak Covid-19 kepada rakyat Malaysia melalui kiriman video di laman Facebooknya, Husna Liang.

Menurut wanita ini, beliau pernah belajar dan menetap di Malaysia. Dengan sifat simpati yang tinggi, wanita ini berkongsi cara warga Beijing, China menagatasi wabak Covid-19 dalam kehidupan hariannya.

“Saya mahu berkongsi beberapa amalan pencegahan di kawasan awam di Beijing, dan saya harap ini dapat membantu anda di Malaysia”

  1. Amalkan pemakaian topeng walaupun anda berada di mana-mana.
  2. Guna tisu untuk menekan butang pada lif.
  3. Di restoran makanan segera, mereka mengamalkan pembelian secara ‘bar code’.
  4. Ada sistem yang lebih sistematik apabila kerajaan mereka menyediakan ‘almari’ besar untuk pengambilan barang atas talian tanpa perlu berhadapan dengan ‘abang pos’.

Ini sahaja perkongsian daripada Husna Liang untuk membantu rakyat Malaysia menangani wabak yang makin tular ini.

#coronavirus Pada akhri-akhir ini, penularan wabak COVID-19 di negara dan wilayah selain China dilaporkan semakin…

Posted by Husna Liang on Wednesday, 18 March 2020

 

Sumber: Husna Liang

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.