Siakap Keli

Terkini: Seorang Lagi Maut Akibat Covid-19 Di Malaysia

Satu kematian akibat Covid-19 dicatatkan di negara ini menjadikan jumlah keseluruhan empat kematian setakat Sabtu (21 Mac 2020).

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media yang sedang berlangsung kini.

Ini menjadikan dua kes kematian dilaporkan dalam masa 24 jam di mana kes kematian ketiga telah diumumkan semalam.

Difahamkan, mangsa kempat yang maut adalah daripada kes-238 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia yang berumur 50 tahun dan merupakan kluster daripada jemaah tabligh.

Beliau dimasukkan ke hospital pada 12 Mac lalu dan disahkan meninggal dunia hari ini (Sabtu) pada jam 10.30 pagi.

Sumber: KKM

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.