Siakap Keli

Terkini: Lagi 123 Orang Dilaporkan Positif Covid-19, Jumlah Kumulatif Sudah Cecah 1,306 kes

Sekarang berlangsung siaran langsung oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berhubung status bilangan terkini kes Covid-19 yang melanda di negara Malaysia.

Hingga hari ini, 22 Mac 2020 jumlah kes meningkat kepada 123 kes baharu dan menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kepada 1306 kes.

Walaubagaimanapun, jumlah pesakit yang pulih meningkat kepada 25 kes dan dibenarkan discaj pada 22 Mac 2020. Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

Daripada 123 kes baru, 74 adalah dari kluster perhimpunan tabligh manakala 49 lagi adalah dari lain-lain kluster dan masih disiasat utk kepastian. Sehingga kini, seramai 46 kes positif dirawat di ICU.

Duka cita dimaklumakan bahawa, pertambahan dua kematian baharu telah dilaporkan pada hari ini. Jumlah kumulatif untuk kematian adalah 10 orang mangsa.

 

Sumber: KKM

 

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang