Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Gambar: Bernama

COVID-19: Sabah Sekat Perjalanan Di Sempadan Malaysia-Indonesia Mulai Hari Ini

Aqmal Ezany

Kerajaan Sabah memutuskan untuk menyekat semua perjalanan di sempadan Malaysia dan Indonesia sebagai usaha menangani penularan jangkitan COVID-19 di negeri ini berkuat kuasa hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong berkata sekatan itu melibatkan perjalanan dari Pulau Sebatik-Tawau-Pulau Sebatik; Serudong-Simanggaris-Serudong; dan Bantul Labang-Pagalungan-Bantul Labang.

Keputusan tersebut dibuat pada mesyuarat Sabah COVID-19 Command Centre yang diadakan pada hari ini, katanya dalam kenyataan di sini.

“Bagaimanapun, (perjalanan) menggunakan jeti-jeti yang dibenarkan untuk beroperasi oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah serta Majlis Perbandaran Tawau bagi maksud penghantaran barangan keperluan harian adalah dikecualikan (daripada sekatan perjalanan) dan jumlah bot serta kru yang minimum,” katanya.

Safar berkata mana-mana pelajar atau orang awam yang balik dari luar negara atau negeri ke Sabah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, sama ada telah melalui saringan kesihatan COVID-19 atau tidak di lapangan terbang seluruh negara, akan dikenakan kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin disediakan.

Beliau berkata kerajaan negeri mewartakan tiga lagi lokasi baharu sebagai Pusat Kuarantin Sementara COVID-19 masing-masing di Masjid Jamek, Kota Belud; Plasma MPOB, Lahad Datu; dan Felda Resident Sahabat, Lahad Datu bagi menampung keperluan selain mengelak kesesakan di pusat kuarantin sedia ada.

Pusat kuarantin yang dibuka sebelum ini ialah Rumah Rehat Ranau; Rumah Rehat Kinabatangan; Lembaga Minyak Sawit Malaysia di Lahad Datu; Projek Perumahan Rakyat Batu Putih di Sandakan; dan Kompleks Belia Tawau.

Selain itu, Safar berkata Sabah turut mengehadkan penerbangan domestik ke destinasi seperti Kota Kinabalu-Tawau-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Sandakan-Kota Kinabalu; Kota Kinabalu-Lahad Datu-Kota Kinabalu; dan Kota Kinabalu-Sandakan-Tawau-Kota Kinabalu.

Katanya, semua penumpang diwajibkan menjalani saringan kesihatan COVID-19 yang dijalankan oleh kakitangan Kementerian Kesihatan di lapangan terbang berkenaan.

Sementara itu, katanya, kerajaan Sabah turut mengarahkan mana-mana premis yang menawarkan perkhidmatan layan diri kepada orang awam supaya membersihkan kemudahan seperti mesin pengeluaran wang automatik (ATM), butang lif dan nozzle pam minyak secara berterusan berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata arahan berkenaan bertujuan memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.

“Pemilik perniagaan yang menawarkan perkhidmatan layan diri seperti bank, hotel, stesen minyak dan sebagainya adalah bertanggungjawab untuk memastikan pengguna atau pelanggan masing-masing dilindungi daripada penularan wabak COVID-19,” katanya.

Sumber: BERNAMA