Siakap Keli

“Bayaran Loan Rumah & Kereta Ditangguh Tapi..” Ini 5 Perkara Tentang Motarium Bank Negara

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular di media sosial mengenai satu moratorium yang dikeluarkan oleh Bank Negara untuk membantu meringgankan beban rakyat di Malaysia sewaktu menghadapi pandemik wabak Covid-19 ini.

Susulan daripada itu, saudara Ikmal Nordin, seorang ahli ekonomi  berkongsi di laman Facebooknya meringkaskan kefahaman orang ramai tentang moratorium yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia.

Nak faham requirement baru BNM ni mudah saja.

1. Tak payah bayar loan rumah & loan kereta untuk 6 bulan bermula 1 April. Maksudnya daripada April sampai September, bayaran ditangguhkan.

Tapi bukan bermaksud loan tu dimaafkan 6 bulan. Kalau sebelum ni loan tamat bulan 12 tahun 2025, lepas ni tamat bulan 6 2026.

2. Hutang kad kredit masih kena bayar. Tapi kalau memerlukan boleh tukar jadi loan bertempoh 3 tahun dan kadar faedah tak lebih 13%. Maksudnya masih berhutang tapi murah sikit dan masa nak bayar panjang sikit.

3. Sebelum ni ada had untuk bank bagi pinjaman beli property, saham dan unit trust. Lepas ni had2 tu dimansuhkan. Had untuk bagi pinjam dekat syarikat-syarikat berkait TNB, Petronas dan Telekom dinaikkan.

Apa-apa hal eletrik, gas, minyak dan unifi kena jalan. Kalau unifi down macamana page troll nak main peranan waktu genting ni?

4. Macamana bank boleh tahan semua ni, tak rugi ke? Itu sebab BNM cakap yang rizab-rizab bank boleh dikurangkan, tak perlu simpan sangat duit, boleh guna sebab waktu krisis. Haritu pun BNM dah cairkan sebahagian rizab yang bank komersial simpan di BNM.

5. Semuanya untuk lancarkan kesempitan yang dihadapi orang ramai waktu ni. Dan kalau baca betul-betul requirement ni sampai bulan 9.

Siapa yang ‘read between the lines’ akan faham yang BNM sebenarnya jangka kesan ekonomi Covid untuk berlarutan lebih daripada 2 minggu ni saja. Mungkin akan sampai hujung tahun.

Itu sahaja. Siapa yang sedang mengalami kesulitan semoga Allah permudahkan.

 

Sumber: Ikmal Nordin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang