Siakap Keli
Gambar: Bernama

Penangguhan Aktiviti Masjid Dan Surau Dicadangkan Agar Dilanjutkan Sehingga Berakhir PKP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hak Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, mengumumkan bahawa tempoh penangguhan bagi semua aktiviti masjid dan surau dilanjutkan.

Menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi akaun sosial medianya, beliau mencadangkan agar segala aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah dilanjutkan sehingga berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun begitu, pertimbangan dan segala keputusan berkenaan perkara itu terletak pada pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri.

Selaras dengan titah yang dibuat oleh YDPA Agong berkenaan mendirikan solat di rumah, beliau juga turut berharap agar semua umat Islam dapat mematuhi arahan ini bagi memutuskan rantaian wabak berkenaan di seluruh negara.

Sumber: Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa