Siakap Keli

PKP: Polis Laksana 1,295 Sekatan Jalan Raya Selama 24 Jam – Ketua Polis Negara

KUALA LUMPUR, 25 Mac  – Sebanyak 1,295 sekatan jalan raya dilaksanakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara sepanjang 24 jam setiap hari, dalam tiga syif melibatkan 15,000 anggota, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Beliau berkata, 10 peratus daripada keanggotaan sekatan jalan raya kendalian PDRM bagi memperkasakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkenaan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Begitu juga dengan penugasan yang lain seperti meronda, membuat hebahan maklumat Perintah Kawalan Pergerakan dan Snapchat juga dilakukan 24 jam,” katanya dalam temubual khas pada program ‘Selamat Pagi Malaysia’ di saluran Radio Televisyen Malaysia di sini, hari ini.

Abdul Hamid berkata, 42,000 warga PDRM dan 6,000 pegawai dan anggota ATM terlibat secara keseluruhan dalam pelaksanaan PKP.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hamid berkata PDRM sedang berusaha mendapatkan stok tambahan bekalan peralatan perlindungan peribadi (PPE) seperti sarung tangan, penutup mulut dan hidung yang dijangka diperoleh tidak lama lagi.

Beliau berkata, PPE yang akan diperoleh itu nanti akan diagihkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah di seluruh negara.

“Ini berikutan bekalan PPE didahulukan kepada petugas kesihatan, doktor, jururawat dan petugas hospital yang berdepan secara dekat menangani pesakit yang positif COVID-19.

“Jadi keutamaan diberikan kepada mereka. PPE ini didahulukan kepada petugas kesihatan dan apabila mencukupi, ia akan diagihkan pula kepada PDRM, ATM dan lain-lain,” katanya yang menyedari keluhan pegawai dan anggotanya akan kekurangan bekalan PPE di lapangan.

Abdul Hamid juga memohon warga PDRM untuk mengambil langkah penjagaan sendiri seperti mencuci tangan, menjaga jarak apabila pulang selepas bertugas serta mengambil insiatif membersihkan diri,” jelasnya.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: