Siakap Keli
Kredit: Google

Ronaldo Hulur Duit Bantu Hospital Wujudkan Wad ICU 15 Katil Rawat COVID-19

LISBON, 25 Mac (Bernama) — Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dan ahli perniagaan Jorge Mendes menyumbang dana untuk menjadikan sebahagian bangunan di Hospital Santo Antonio di Porto menjadi unit rawatan rapi (ICU), lapor agensi berita Xinhua pada Selasa.

“Ia membolehkan 15 katil disediakan, dilengkapi ventilator, monitor dan peralatan lain,” menurut Centro Hospitalar Universitario do Porto (CHUP).

CHUP berkata sebagai tanda penghargaan, unit baharu itu akan dinamakan sempena nama mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Cristiano Ronaldo dan Jorge Mendes atas inisiatif yang amat bermakna itu,” kata pengerusi lembaga pengarah hospital Paulo Barbosa.

Portugal mencatatkan 2,362 kes COVID-19 dan 29 kematian.

Porto, hab ekonomi yang terletak di bahagian utara Portugal, paling teruk terjejas dengan 1,130 kes disahkan, separuh daripada jumlah keseluruhan kes.

Presiden Portugal Marcelo Rebelo de Sousa mengisytiharkan darurat bermula 18 Mac hingga 2 April.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.