Siakap Keli

“Berdas-Das Peluru Di Badan,” Anjing Mati Ditembak Dipercayai Ketika Menanti Waktu Makan

Dalam kekalutan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia sekarang ini, pelbagai kejadian-kejadian lain yang berlaku di sekeliling kita. Terbaru, beberapa ekor anjing didakwa telah ditembak dipercayai sewaktu menunggu waktu makan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Cameron Higlands, Pahang itu terjadi sewaktu anjing itu dipercayai sedang menunggu waktu makan.

Persatuan Haiwan Malaysia ada berkongsikan berkenaan perkara tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Melihat kepada beberapa gambar yang telah dikongsikan, terdapat beberapa kesan luka dipercayai akibat ditembak oleh pihak tertentu. Gambar-gambar tersebut bukan sahaja telah menyentuh hari rata-rata netizen, malah ada di antara mereka yang meluahkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan perbuatan tersebut.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right