Putrajaya, 27 Mac- Sebanyak 11 daerah di Malaysia telah diisytiharkan sebagai zon merah COVID-19 setelah mempunyai lebih 41 kes.
”Anda yang berada di daerah- daerah ini perlu meningkatkan lagi langkah-langkah percegahan terutama duduk di rumah,” kata Kementerian Kesihatan Malaysia.
Senarai daerah zon merah ini dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan sebentar tadi.
- Lembah Pantai – 167 kes
- Petaling Jaya -167 kes
- Hulu Langat -132 kes
- Seremban -78 kes
- Johor Bahru -68 kes
- Kluang -54 kes
- Gombak -53 kes
- Titiwangsa -49 kes
- Kota Bharu -48 kes
- Hilir Perak -48 kes
- Kinta -41 kes
Sumber: Kementerian Kesihatan (KKM)