Siakap Keli
Kredit: Google/The Guardian

Amerika Kini Negara Paling Teruk Dilanda Wabak COVID-19, Catat Lebih 100,000 Kes Positif

Washington, 28 Mac- Menurut data terkini, Amerika Syarikat (AS) telah mencatatkan lebih 104,142 kes COVID-19 setakat ini.

Angka kes menjadikan AS sebagai negara paling teruk terkesan akibat COVID-19 selepas Itali, Sepanyol dan China.

Semalam sahaja, sebanyak 18,691 kes terbaru dalam tempoh 24 jam dengan 400 kematian dilaporkan di Amerika Syarikat. Sehingga kini, sebanyak 1,695 kematian telah direkodkan di sana.

Peningkatan mendadak itu amat ketara setelah negara itu dilaporkan hanya mempunyai 91 kes pada 2 Mac lalu berdasarkan laporan Fox 10 News pada 2 Mac lalu.

Berdasarkan data dikongsikan The Guardian, New York menjadi lokasi paling teruk dilanda wabak dengan 44,870 kes melibatkan 527 kematian.

Walaubagaimanapun, menurut portal itu, Presiden Amerika, Donald Trump “sekali lagi merendahkan tahap keterukan penularan koronavirus” berdasarkan satu kenyataannya terhadap hos Fox News, Sean Hannity.

“Saya tak percaya anda perlukan 40,000 atau 30,000 ventilator. Anda pergi ke hospital besar kadangkala dan mereka akan ada dua ventilator. Sekarang tiba-tiba mereka berkata, ‘Boleh kami pesan 30,000 ventilator?'” katanya.

Komen itu susulan kenyataan pentadbir New York, Andrew Cuomo yang meminta pembekalan sebanyak 30,000 ventilator bagi menampung keperluan hospital di negeri itu.

Hospital-hospital di negeri berkenaan mempunyai 4,000 ventilator pada awal penularan wabak di sana, lapor The Guardian.

Sumber: Worldometer, The Guardian, Fox 10 News

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.