Siakap Keli

(Video) 649 Orang Ditahan Semalam Kerana Langgar Perintah Kawalan Pergerakan

KEBANYAKAN alasan yang diberikan orang awam ketika ditahan polis dalam sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah mahu membeli makanan.

“Sesetengahnya memberi alasan untuk beli makanan. Tetapi empat kali sehari keluar. Orang yang sama, sampai polis dah kenal dia.

“Jadi polis mensyaki mereka sebenarnya bukan nak beli makanan, tapi sengaja nak keluar,” jelas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam satu sidang media, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail menjelaskan, berdasarkan rekod, sebanyak 997 sekatan jalan raya telah dijalankan semalam dan pemerikaasan kenderaan bertambah sekali ganda.

“Kelmarin, ada 200,000 lebih kenderaan diperiksa, semalam sebanyak 301,938 kenderaan telah diperiksa.

“Bermakna masih banyak kenderaan berada di jalan raya. Sebab itu pemeriksaan yang dilakukan sekali ganda dari hari sebelumnya,” tambahnya lagi.

Difahamkan, ada juga kes sekatan polis dirempuh kenderaan namun Ismail tidak mahu mengulas lanjut perkara tersebut.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 649 individu ditahan semelam kerana ingkar perintah kawasalan pergerakkan.

Sumber: BERNAMA

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'