Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

CIMB Sahkan Seorang Kakitangannya Positif Covid-19

CIMB Group Holdings Berhad mengesahkan bahawa seorang kakitangannya yang bertugas di Pusat Khidmat Panggilan yang terletak di Menara Southern Bank (MSB) telah disahkan dijangkiti dengan virus Covid-19.

CIMB dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasminya menyatakan bahawa kakitangannya itu kini sedang dirawat di sebuah hospital kerajaan.

“Pengesanan kontak rapat kini sedang giat dijalankan termasuk mengarahkan kesemua kakitangan yang mempunyai kontak terus mengkuarantinkan diri mereka di rumah sehingga disahkan bebas daripada Covid-19,” ujar CIMB dalam satu kenyataan.

Pusat Khidmat Panggilan terbabit turut ditutup untuk proses menyahkuman dan pembersihan dilakukan.

“Walaupun semua pusat panggilan kami yang lain masih beroperasi seperti biasa, penutupan sementara di Menara Southern Bank ini dilihat akan memberi kesan kepada bilangan panggilan yang dapat kami layan pada pagi ini.

“Kami juga ingin memohon supaya kesemua pelanggan kami dapat memahami situasi ini dan pada masa yang sama juga kami sedang bekerja keras untuk memastikan agar pusat panggilan itu dapat beroperasi seperti sedia kala,” ujar kenyataan tersebut.

Sumber: CIMB

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa